Feb 26, 2012

seronok

Seronok aku tengok bila ramai rakan2 dah mula menuju ke alam perkahwinan.semoga kamu2 bahagia hingga ke syurga.doakan untuk aku juge ye.

:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Jan 21, 2012

kesian aku.

Aku kesian untuk diri aku sekarang.
Hari2 aku lalui rutin yang sama.
pergi kerja, kerja, kerja, kerja & balik dari kerja, tidur.
esok ulang lagi benda yang sama.
mak aku pun kadang2 takut nak call aku masa kerja sebab aku terlampau sibuk.
comel kan mak?
At one point aku rasa nasib baik aku single lagi.
kalau aku dah berkeluarga, mana sempat nak buat itu, nak buat ini.
aku pernah rasa sampai aku nak bernafas pun tak sempat.

esok aku kena pi ofis.
sila menangis untuk aku T.T

betul cakap en blabber sebab nak please kan boss aku sanggup buat apa sahaja.
kesian kan aku?

Jan 2, 2012

penenang jiwa #9

Cinta tanpa restu umpama jasad tak bernyawa (Tentang Dhia, 2011)

:)

Dec 11, 2011

hasrat hati.

pejam celik pejam celik kita dah pun nak masuk 2012.
dah hujung tahun 2011 kan?
nak kata impian aku semua tercapai untuk 2011 tak lah semua.
tapi impian aku untuk tukar tempat kerja baru memang termakbul.
walaupun tempat baru aku kena hadap 1001 macam masalah & perangai orang.

aku ade 1 impian yang aku tak tahu bila aku nak make that thing successful.
aku nak sambung belajar lagi.
bukan niat aku nak jadi lecturer or jadi tenaga pengajar.
just untuk kepuasan diri aku sendiri.
aku nak pi negara orang.
aku nak cari pengalaman kat tempat lain pulak.

aku memang nak sambung belajar.
kali ni aku tak nak main2 macam aku buat degree dulu.
bila?biar Allah yang tentukan.merancang bagai nak rak tapi Dia tak izinkan aku tak pi gak kan?
doakan lah aku dapat sambung belajar kat tempat yang aku idam2 kan tu.
Aminnnn~

Nov 23, 2011

setahun berlalu.

kalau ikutkan bulan 11 ni, dah genap setahun aku bekerja.
2kali aku tukar tempat kerja.
aku dah rasa macam2 pahit manisnya alam pekerjaan ni.

dari sektor bank aku pergi ke bidang insurans pulak.
penat kena buat OT hari2 aku dah rasa.
penat aku kena maki dengan customer aku dah rasa.
penat aku balik naik KTM hari2 aku dah rasa.
penat aku dengan politik ofis aku dah rasa.
penat aku nak hadap orang tunjuk pandai aku dah rasa.
penat aku dengan orang bermuka-muka depan bos dah naik muak aku rasa.
penat aku nak kena kerja dengan orang yang pandai cari kesalahan orang aku dah rasa.
penat aku nak kena deal dengan orang tertentu yang hanya tahu ugut aku untuk adu dombakan kesalahan aku pada orang atasan aku dah lali.
penat aku dengan pihak lain yang hanya tahu tuding jari setiap kesalahan pada aku tanpa mencari jawapan pada setiap masalah itu aku dah terlebih rasa.
dan yang paling aku PENAT sekali, dosa orang lain aku yang tanggung hanya sebab aku take over dia punya kerja.

semua sebab kat atas tu, adilkah untuk aku?

aku dah penat dengan semua sebab kat atas tu.
tapi aku masih tak penat untuk mencari pengalaman.
aku masih belum letih untuk mencari rezeki kat bumi Allah ni.
sekurang-kurangnya there's happen for a reason kan?
kalau tak jadi benda2 kat atas tu, aku tak tahu pun keupayaan aku.
aku tak sedar pun sebenarnya aku lagi kuat untuk face semua problems tu.

kawan-kawan, doakan yang terbaik untuk aku ye?
lagipun itu baru sikit.aku makan garam tak banyak sangat pun banding dengan orang lain yang kat luar tu kan?

:)